Kronologi Eksklusif Siasatan : Geng M-16




Episod 13: Geng M16, kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki yang pernah melakukan rompakan ke atas Bank of Tokyo pada tahun 1985 dan 16 rompakan ke atas rangkaian kedai emas dan pajak gadai yang melibatkan kerugian sebanyak RM21.28 juta.

Difahamkan, kumpulan tersebut dipercayai kesemuanya berbangsa Cina dan salah seorang daripada mereka adalah perancang utamanya, Elvis Keh Jiang Long atau Ah Po, seorang bekas tentera Singapura dan beliaulah yang bertanggungjawab melatih ahli kumpulan itu tentang penggunaan pelbagai jenis senjata api dan taktik bagi menjayakan rancangan untuk merompak. Ini boleh dibuktikan yang mana kumpulan tersebut melakukan setiap rompakan dengan taktik ala-tentera. Dalam kejadian tembak-menembak di satu kawasan selekoh berhampiran Taman Rekreasi Hutan Galla, Mantin, Negeri Sembilan, 2 penjenayah M16 iaitu ketua kumpulannya, Sunny Chai atau nama sebenarnya Sum Wing Chang dan orang kanannya Hew Yau berjaya ditembak mati, manakala seorang lagi ahlinya, Chang Kew Yin berjaya melepaskan diri.
Share this video :
 
Many purple thanks to Maskolis