New Videos from Youtube
Showing posts with label Malay. Show all posts
Showing posts with label Malay. Show all posts

Art of Dubbing : TAKDE FAEDAH




Lepas tu ending dia, Jackie Chan kena paksa dengar lagu Rajawali sampai telinga dia nangis. Pastu mula lah dia mesyuarat dengan burung hering.


 http://www.youtube.com/watch?v=jYy2Rf0GOKc&feature=share&list=ULjYy2Rf0GOKc

Art of Dubbing : ABC BIARKAN DIA [ENG. SUBTITLE]




Lepas tu ending dia, Chris Tucker kentut sepadu-padunya depan muka pemandu teksi itu kerana beliau mengaku beliau adalah negro jadian.


 http://www.youtube.com/watch?v=u2BxNlZB9Pg&feature=share&list=ULu2BxNlZB9Pg

Art of Dubbing : SAMDOL BIN PELIK




Lepas tu ending dia, Si Samdol tu rasa pelik kenapa hidup dia masih kosong.


 http://www.youtube.com/watch?v=CSy6-97e4AM&feature=share&list=ULCSy6-97e4AM

Art of Dubbing : BERITA PALING OHSEM (MIKAEEL JACKSON)




Lepas tu ending dia, Mikaeel Jackson campak microphone tu kat salah seorang wartawan kat situ sebab dia pedusta.


 http://youtu.be/z6FB3vNbWxQ

Art of Dubbing : WEY MEOW


Lepas tu ending dia, masakan ayam tu basi kerana tuan puteri tu lupa nak letak petai. Dengan tidak semena-mena petai tu bengang dan lempang tuan puteri itu.
 http://www.youtube.com/watch?v=L-_VoqedR90&feature=share&list=ULL-_VoqedR90

Filem Pendek : PASPORT EKSPRES



Ali wants to be a filmmaker but he is feeling uninspired and pressured with other things that distracts him from pursuing his dreams. He decided to go back to his hometown, Perlis on a break which took him on a surreal time travel journey when he meets a fellow train passenger named Umar Ghazi who loves collecting vintage items. Will Ali get his mojo back in Arau and what is the connection with Umar, UFOs and Ahmad Jais?

A short film written & directed by Rewan Ishak for Astro My Hometown Channel to celebrate his hometown, Perlis this Merdeka Day.

PRODUCED BY RED FILMS.

IEDIL PUTRA as ALI
JOSIAH HOGAN as UMAR GHAZI
TUAN FAISAL as ROSLAN MAHMUD

DIRECTOR / WRITER: Rewan Ishak
EXECUTIVE PRODUCER: Lina Tan
PRODUCER: Idora Al-Habshi
D.O.P: Saifuddin Musa
EDITOR: Rewan Ishak
GRAPHICS / VISUAL FX / COLOURIST: Rewan Ishak
AUDIOMAN: Aween Adly
ASSISTANT DIRECTOR: Faliq Sharif
PRODUCTION MANAGER: Krip Zulkarnain
CONTI / MAKE UP: Mariana Shahira
PRODUCTION ASSISTAN: Jay Tan
2nd UNIT CAMERA: Rafiq Ghazali & Rohaizudden Abdul Hamid

Filem Pendek : KOTAK



A romantic-comedy short film directed by Zhafir Muzani.

Filem Pendek : LAPAN

Kronologi Eksklusif Siasatan : Kisah Bekas Banduan Sepanjang Hayat



Episod 4: Cerita Salleh Talib dan Jamil Ahmad yang dibebaskan dari penjara dengan pengampunan setelah mencipta sejarah sebagai tahanan paling lama menjalani hukuman penjara di negara ini bukanlah setakat cerita yang tiada pengajarannya.

Cerita benar ini boleh dijadikan teladan kepada insan-insan lain terutama sekali bagi mereka yang sering bertindak mengikut nafsu.

Apabila dibebaskan dengan pengampunan, kedua-duanya memanjatkan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana kini mereka dapat menghirup udara bebas selepas lebih separuh usia dihabiskan di dalam penjara.

Kedua-duanya yang bersahabat dijatuhkan hukuman sepanjang hayat pada 1976 selepas terbabit dalam rompakan bersenjata api dalam satu kejadian di Alor Star. Setelah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun, 11 bulan dan 9 hari, mereka diberi pengampunan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan telah dibebaskan.

Kronologi Eksklusif Siasatan : Tebusan Penjara Pudu



Episod 7: Jimmy Chua bersama 5 banduan lain telah menahan seorang doktor dan pembantunya di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Ia merupakan satu lakaran sejarah kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini, namun kejadian pagi 17 Oktober 1986 itu telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah Perkhidmatan Penjara Malaysia.

Kronologi Eksklusif Siasatan : Pembunuhan Rocky



Episod 11: Kronologi dan siasatan polis berhubung kes kematian Rocky atau Rokiah Hashim yang mati ditikam dibilik tidurnya dipercayai bermotifkan dendam. Suspek dipercayai meminati mangsa tetapi tidak dilayan.

Kronologi Eksklusif Siasatan : Ayah Pin



Episod 8 : Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit" (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.

Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Kronologi Eksklusif Siasatan : Noor Suzaily Mukhtar



Episod 2: Imbasan mengenai kronologi kes pembunuhan jurutera komputer Allahyarham Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Kronologi Eksklusif Siasatan : Bentong Kali



Episod 9: Imbasan mengenai penjenayah kejam yang berasal dari Bentong, Pahang P. Kalimuthu atau lebih dikenali sebagai Bentong Kali. Ditembak mati oleh pasukan polis pada tahun 1993.

Kronologi Eksklusif Siasatan : Botak Chin



Episod 1: Kisah mengenai Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin (lahir 1951 di Kuala Lumpur) adalah seorang penjenayah terkenal di Malaysia. Mendakwa dirinya sebagai Robin Hood moden, merompak orang kaya untuk menolong orang miskin, tetapi sejarah membuktikan sebaliknya.

Dia akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara. Ketika berusia 28 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.

Kronologi Eksklusif Siasatan : Mona Fandey



Episod 10: Kronologi kes pembunuhan ahli politik Dato' Mazlan Idris yang dikaitkan oleh pasangan bomoh Mona Fandey dan suami serta pembantu mereka, Juraimi yang akhirnya disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati

Kronologi Eksklusif Siasatan : Canny Ong



Episod 5: Imbasan kronologi kes pembunuhan penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian tahun 2003. Canny diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.

Suspek yang juga seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol Canny.

Kronologi Eksklusif Siasatan : Perogol Bersiri




Episod 12: Dengan wajah tampan, perwatakan menarik, ketinggian sehingga 1.82 meter, sering berpakaian kemas, bersikap `gentleman' serta pandai memujuk, Lee Chow Meng seharusnya boleh hidup mewah sama ada menjadi model, pelakon, mengahwini wanita kaya atau anak orang kaya.

Namun, dia memilih haluan berbeza. Haluan yang tidak mungkin sanggup dilakukan oleh manusia normal. Haluan yang menjadikannya dicemuh masyarakat dan memastikannya mati dalam keadaan aib.

Haluan itu juga menyebabkan namanya terus terpahat sebagai seorang daripada perogol bersiri paling kejam yang pernah lahir di negara ini.

Kronologi Eksklusif Siasatan : Geng M-16




Episod 13: Geng M16, kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki yang pernah melakukan rompakan ke atas Bank of Tokyo pada tahun 1985 dan 16 rompakan ke atas rangkaian kedai emas dan pajak gadai yang melibatkan kerugian sebanyak RM21.28 juta.

Difahamkan, kumpulan tersebut dipercayai kesemuanya berbangsa Cina dan salah seorang daripada mereka adalah perancang utamanya, Elvis Keh Jiang Long atau Ah Po, seorang bekas tentera Singapura dan beliaulah yang bertanggungjawab melatih ahli kumpulan itu tentang penggunaan pelbagai jenis senjata api dan taktik bagi menjayakan rancangan untuk merompak. Ini boleh dibuktikan yang mana kumpulan tersebut melakukan setiap rompakan dengan taktik ala-tentera. Dalam kejadian tembak-menembak di satu kawasan selekoh berhampiran Taman Rekreasi Hutan Galla, Mantin, Negeri Sembilan, 2 penjenayah M16 iaitu ketua kumpulannya, Sunny Chai atau nama sebenarnya Sum Wing Chang dan orang kanannya Hew Yau berjaya ditembak mati, manakala seorang lagi ahlinya, Chang Kew Yin berjaya melepaskan diri.

Anak-Anak Sidek : Banjir Kilat


 
Many purple thanks to Maskolis